Sah! BN-PN bergabung…Pas, Wawasan, Gerakan, MIPP tanding 11 kerusi

SEPERTI diramalkan Perikatan Nasional (PN) malam ini mengisi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Semalam BN mengumumkan 25 calon parti itu yang akan bertanding di PRN tersebut. Negeri Sembilan mempunyai 56 kerusi DUN.

Dalam pengumuman calon di Ampangan, Negeri Sembilan malam ini, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, 11 kerusi itu akan ditandingi oleh Pas, Wawasan, Gerakan dan MIPP.

Katanya, Pas bertanding lima kerusi, Wawasan (4 kerusi), Gerakan dan MIPP masing-masing 1 kerusi.

Berikut senarai calon Perikatan Nasional:

N4 Klawang – DANNI RAIS

N5 Serting – MOHD FAIRUZ MOHD ISA

N11 Lobak – PM KUMAR

N13 Sikamat – DATUK RAZALI  ABU SAMAH

N14 Ampangan – MOHAMAD RAFIE AB MALEK

N21 Bukit Kepayang – LEE BOON SHIAN

N23 Mambau – ERIK MICHAEL

N25 Paroi – KAMAROL RIDZUAN MOHD ZAIN

N30 Lukut – SATHES KUMAR NILAMEHAM

N31 Bagan Pinang – ABDUL FATAH ZAKARIA

N34 Gemas – RIDZUAN AHMAD



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img