Pemandu treler maut, isteri hamil tujuh bulan cedera nahas 2 treler

SEORANG pemandu treler maut manakala isterinya yang hamil tujuh bulan cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi treler di jalan besar berhampiran Kampung Tebuk Marso, di Sungai Besar awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 2.49 pagi.

Menurut beliau, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan treler Hino membawa muatan besi 36 tan dengan treler Volvo membawa kontena.

“Penumpang treler Volvo iaitu wanita berusia 26 tahun mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Manakala pemandunya iaitu lelaki berusia 21 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu treler Hino terselamat.

Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit kemudian dijalankan dan pemandu treler terbabit berjaya dibawa keluar pada jam 4.15 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Isterinya pula dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img