Touch ‘n Go jalin kerjasama dengan SPRM perkukuh perkasakan integriti

TOUCH ’n Go Sdn Bhd (TNG) memperkukuhkan komitmennya dalam memartabatkan integriti korporat menerusi penganjuran Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas TNG, Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar sebagai manifestasi komitmen kepimpinan tertinggi syarikat dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta amalan perniagaan yang beretika.

Acara kemuncak menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif TNG, Prabakaran Sangarajoo mengetuai bacaan IBR yang disertai oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan tertinggi syarikat.

Sesi pemeteraian ikrar kemudiannya dilaksanakan oleh Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib sebagai simbol iltizam organisasi dalam memperkukuh agenda integriti dan pencegahan rasuah.

Mohamad Zakkuan dalam ucapannya menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah tidak boleh dipikul oleh agensi penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan daripada sektor swasta untuk membudayakan integriti sebagai nilai teras organisasi.

Beliau turut mengingatkan bahawa syarikat perlu sentiasa memperkukuh sistem kawalan dalaman, melaksanakan penilaian risiko rasuah secara berkala serta memastikan pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bagi mengurangkan risiko liabiliti korporat dan meningkatkan keyakinan pemegang taruh terhadap tadbir urus organisasi.

Majlis turut disusuli dengan Ceramah Antirasuah, Salah Guna Kuasa dan Liabiliti Korporat oleh Ketua Cawangan Siasatan Tata Kelola SPRM KL, Thilagawaty Perumal yang menekankan kepentingan pengurusan risiko rasuah, tadbir urus berkesan serta kepimpinan berintegriti dalam organisasi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM KL, Noor Azeana Azis dan Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, Nurnadiah Kamarudin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img