SPRM akan rayu keputusan mahkamah tolak permohonan perintah larangan akses wang pelaburan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan akses terhadap wang pelaburan berjumlah RM548 juta dalam akaun bank di Singapura yang didakwa dimiliki Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, anaknya dan tujuh pihak lain.

Menurut suruhanjaya itu, perkara tersebut telah dibawa kepada perhatian Jabatan Peguam Negara.

“SPRM mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan akses terhadap wang pelaburan berjumlah RM548 juta dalam akaun bank di Singapura yang didakwa dimiliki oleh Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, anaknya dan tujuh pihak lain.

“Susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu, SPRM akan memfailkan notis rayuan dalam masa terdekat dan perkara ini telah dibawa kepada perhatian Jabatan Peguam Negara,” kata kenyataan SPRM hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan SPRM bagi mendapatkan perintah larangan akses terhadap aset bernilai RM548 juta didakwa dimiliki isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, anaknya serta tujuh pihak lain di beberapa buah akaun bank Singapura.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan selaku pemohon gagal memenuhi peruntukan Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat hadir bagi pihak pendakwaan manakala Na’imah, anaknya dan tujuh pihak itu diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img