SPRM mula siasat kerugian pelaburan KWAP dalam eFishery

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu kerugian pelaburan RM200 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, satu pasukan siasatan dari Ibu Pejabat SPRM dibentuk pada 17 Julai lalu bagi mengkaji dan meneliti isu berkenaan secara menyeluruh.

“SPRM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga integriti proses siasatan.

Sebelum ini, KWAP memaklumkan pihaknya sedang meneroka semua saluran bersesuaian bagi memaksimumkan usaha pemulihan pelaburannya dalam eFishery.

KWAP turut menjelaskan jumlah pelaburan dalam syarikat berkenaan adalah RM163.4 juta, mewakili kira-kira 2.51 peratus daripada keseluruhan pegangan saham eFishery.

Pelaburan itu sebelum ini dilaporkan berjumlah hampir RM200 juta.

KWAP turut berkata, kes eFishery membabitkan manipulasi kewangan yang disengajakan dan penyelewengan fakta dalam laporan kewangan syarikat berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img