BN-PN jalin kerjasama strategik bukan bergabung – Ka Siong

KERJASAMA strategik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan tidak bermaksud kedua-duanya bergabung atau mengorbankan prinsip politik masing-masing.

Sebaliknya tegs Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong,  persefahaman dibuat bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang boleh memecahkan undi, sekali gus meningkatkan peluang membentuk kerajaan negeri yang stabil.

“BN dan PN mengambil pendekatan kerjasama strategik di beberapa kawasan bagi mengelak pertembungan pelbagai penjuru yang bakal membecah-belahkan undi serta mencetuskan ketidaktentuan politik.

“Kerjasama ini bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, cekap dan berkesan bagi memastikan Negeri Sembilan terus membangun.

“Ditekankan, kerjasama bukan bermaksud penggabungan, malah setiap parti akan terus berpegang teguh pada prinsip ideologi masing-masing sambil memainkan peranan semak dan imbang terhadap satu sama lain,” katanya pada sidang media dalam talian.

Ka Siong berkata,  penyertaan dalam kerjasama itu bertujuan memastikan masyarakat Cina, masyarakat majmuk, pendidikan vernakular dan kebebasan beragama terus mempunyai wakil serta suara dalam kerajaan.
‘’ MCA tidak akan memberi sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pihak. Keputusan itu dimuktamadkan pada awal pagi 15 Julai selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk kepimpinan MCA Negeri Sembilan.

“BN akhirnya memutuskan bertanding di 25 kerusi yang diyakini mempunyai peluang terbaik untuk dimenangi,” katanya.

Beliau berkata,  kerjasama itu juga tidak menghalang mana-mana parti lain daripada bertanding kerana ia adalah hak dijamin dalam sistem demokrasi.

“Jadi, dengan persefahaman ini, ia sebagai satu kerjasama secara kita kata bukan penggabungan, bukan membentuk satu parti baru, bukan satu cara untuk membentuk gabungan. Saya tegaskan di sini tetapi kita sedar bahawa dalam sebuah demokrasi yang subur, mana-mana individu atau parti mereka bebas bertanding,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img