‘Cukuplah tujuh tahun saya memendam rasa… saya lega’- Zizie Izette

DATIN Seri Zizie Izette Abdul Samad, 48, meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah RM2.8 juta, hari ini.

Zizie berkata, beliau amat bersyukur dengan keputusan mahkamah selain berterima kasih kepada pasukan peguam, keluarga serta semua pihak yang mendoakan dan menyokongnya sepanjang tujuh tahun proses perbicaraan.

“Selepas ini, saya hanya ingin menjalani kehidupan saya seperti biasa. Saya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya ada lima orang anak yang perlu saya pikul dan saya adalah ibu tunggal sekarang ini.

“Alhamdulillah, keputusan akhirnya memihak kepada kami. Saya harap suami saya ada di sini bersama saya. Saya membayangkan dia berada di sebelah saya ketika keputusan diucapkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, hanya Allah mengetahui bagaimana beliau menempuh tempoh tujuh tahun berulang-alik ke mahkamah.

“Saya seorang yang tidak suka bercerita atau bercakap mengenai kehidupan dan privasi saya. Cukuplah tujuh tahun saya memendam rasa. Alhamdulillah, hari ini saya rasa sangat lega,” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad dilapor mengumumkan keputusan melepas dan membebaskan Zizie atas tiga pertuduhan bersubahat kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img