DBKL sita peralatan, kompaun 19 ‘ulat foto’ di Pintasan Saloma, Jalan Ampang

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 19 notis kompaun dan menyita peralatan milik individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran menerusi Op Lens: Ulat Foto di sekitar Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kelmarin.

Operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 9 malam itu turut menyaksikan 28 sitaan pelbagai peralatan, termasuk telefon bimbit, lampu dan gimbal.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan itu membabitkan individu warganegara yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, manakala tujuh sitaan membabitkan warga asing.

“JPN turut memeriksa 28 individu membabitkan pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan pasport, termasuk satu kes penahanan dokumen berkaitan pemastautin tetap (PR) mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

“DBKL terus komited memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang serta menimbulkan risiko keselamatan dan kacau ganggu kepada pengunjung,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img