Ketua balai polis direman tujuh hari kes rasuah hampir RM500

SEORANG ketua balai polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah hampir RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman terhadap anggota polis berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Suspek direman sehingga 26 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, lapor Harian Metro.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 9.05 pagi dengan diiringi dua pegawai SPRM.

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusuff mengesahkan suspek ditahan kira-kira jam 2.20 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek dipercayai menerima rasuah beberapa ratus ringgit sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang menjalankan perniagaan besi buruk.

Rasuah yang dipercayai diterima itu membabitkan hampir RM500.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img