Lelaki maut dilanggar lori ketika pasang bendera kempen PRN

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori ketika memasang bendera parti bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Jalan Kuala Sawah-Rantau, Kampung Belangkan, Rantau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dipercayai dilanggar lori yang meninggalkan lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berada di bahu kiri jalan arah ke Rantau ketika menjalankan kerja memasang bendera parti.

“Secara tiba-tiba sebuah lori dengan nombor pendaftaran tidak pasti dipercayai melanggar tiang papan tanda dan pejalan kaki itu yang berada di bahu jalan.

“Pemandu lori dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Yatim berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan pada muka serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, usaha mengesan pemandu lori terbabit dan saksi kejadian masih dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img