Tamim Dahri ditahan semula, bakal didakwa esok

AKTIVIS Tamim Dahri Abdul Razak ditahan semula sebaik tempoh reman dua harinya tamat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, aktivis itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sebelum ini Tamim Dahri ditahan reman selama dua hari di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sejurus tempoh reman itu tamat, suspek ditahan semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi berhubung laporan polis Kuah bernombor 2875/26 yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Waran tangkap telah disempurnakan terhadap suspek dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi esok bagi tujuan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Tamim Dahri pernah didakwa secara in absentia di Mahkamah Majistret Langkawi pada 17 Mac lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan selepas gagal hadir ke mahkamah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img