Kenyataan tidak benar berkait PM, Sofia Rini didakwa di mahkamah esok

AHLI perniagaan, Sofia Rini Buyong akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan wanita itu akan didakwa esok.

“Ya, dia akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Sebelum ini tular video memaparkan Sofia Rini mengeluarkan pelbagai dakwaan serius membabitkan Anwar, antara mendakwa Perdana Menteri mengarahkan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membawa keluar sejumlah wang ke luar negara termasuk ke Afrika dan Turki.

Anwar sebelum ini dilapor menegaskan dakwaan membabitkannya dengan pemilikan wang di luar negara perlu disertakan bukti kukuh dan tidak akan melayan sebarang dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img