Data peribadi bocor: Khairul Aming ambil tindakan undang-undang

PEMPENGARUH terkenal, Khairul Aming bertindak menghantar surat tuntutan (LOD) kepada sebuah syarikat telekomunikasi susulan kebocoran data peribadinya.

Dalam satu hantaran bebenang, beliau turut memaklumkan sudah membuat laporan polis serta aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tambahnya, peguam yang dilantik juga diarahkan untuk mengendalikan kes berkenaan sehingga selesai.

“Peguam saya sudah pun hantar LOD kepada Maxis. Laporan rasmi dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk buka siasatan ke atas pelaku serta laporan kebocoran data turut dibuat kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP),” tulisnya.

Katanya, peguam-peguam dilantik akan ‘takeover case’ tersebut sehingga selesai.

Usahawan sambal itu turut meluahkan rasa terkilan dan risau dengan kebocoran data peribadi itu.

“Sejujurnya rasa sedih dan seram sebab semudah tu je ‘privacy’ hidup boleh hilang.

“Maklumat telefon, ‘payment history’, ‘subscription’, sampai ke no IC boleh akses MySara, semuanya bocor,” katanya.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img