Tiga gadis didakwa di mahkamah tunggang motosikal secara bahaya, aksi ‘superman’

TIGA  gadis didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini, atas pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘superman’.

Dua tertuduh berusia 17 dan 18 tahun mengaku bersalah manakala rakan mereka, Nur Liana Atirah Roslan, 21, yang bekerja sebagai pembantu kedai mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pintasan Kuantan, dari arah Terminal Sentral Kuantan ke Bukit Rangin , jam 12.30 pagi, 16 Julai lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa polis, Inspektor Noraini Mohd Nor dan semua tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Buletin TV3

Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes serta serahan laporan akhlak dan laporan sosial dua gadis berusia 17 dan 18 tahun terbabit.

Majistret membenarkan Nur Liana Atirah dan seorang gadis berusia 18 tahun dijamin RM3,000 manakala seorang lagi tertuduh dijamin RM2,000.

Pada 19 Julai lalu tular di media sosial aksi sekumpulan gadis menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘superman’.

Media melaporkan semua gadis terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 18 Julai lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img