SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuknya di Kampung Bukit Kuang, Gurun, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika datuk mangsa yang berusia 61 tahun sedang mengundurkan lori panjang dipandunya dan tidak menyedari melanggar cucu.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis membuka dua kertas iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh dipenjara 10 tahun dan Seksyen 31 (1) Akta Pengabaian Kanak-Kanak 2001,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,lapor Buletin TV3.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut






