Dakwaan buruh paksa: Malaysia antara 60 negara dikenakan tarif tambahan 10% oleh AS

AMERIKA Syarikat (AS) akan melaksanakan tarif tambahan 10 peratus terhadap hampir semua eksport Malaysia atas dakwaan gagal melarang dan membendung kemasukan barangan dihasil menggunakan buruh paksa.

Tarif itu akan berkuat kuasa tengah hari ini susulan siasatan dilancarkan Wakil Perdagangan AS (USTR) mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 pada Mac lalu ke atas 60 negara berhubung sekatan import berkaitan buruh paksa.

Negara lain yang tertakluk kepada tarif baharu 10 peratus itu termasuk Argentina, Bangladesh, Kemboja, Kanada, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, India, Indonesia, Jordan, Mexico, Pakistan, Sri Lanka, Trinidad dan Tobago serta United Kingdom.

Malaysia dikenakan tarif lebih rendah sebanyak 10 peratus berbanding 12.5 peratus susulan komitmen berkaitan larangan import buruh paksa di bawah perjanjian perdagangan timbal balik dengan AS, walaupun perkara itu diumumkan terbatal oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Mac lalu.

Menurut notis USTR, beberapa produk dikecualikan tarif, termasuk minyak sawit mentah dan ditapis, batu permata dan sutera, kulit biji psyllium, boswellia dan minyak argan.

Malaysia bersama Bangladesh, Kemboja dan Indonesia akan dimasukkan dalam mekanisme kuota kadar tarif pada masa depan, yang membolehkan jumlah tertentu produk tekstil serta pakaian dieksport ke AS tanpa dikenakan duti sebagai pertukaran untuk mengimport lebih banyak kapas dari AS.

USTR berkata, mekanisme itu belum dikuatkuasakan, dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam notis berasingan.

Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer dilaporkan berkata, langkah mengenakan tarif itu dilaksanakan atas arahan Presidennya, Donald Trump kerana tekanan diplomatik selama beberapa dekad gagal menghapuskan buruh paksa daripada rantaian bekalan global.

“Tindakan hari ini akan mula membetulkan apa yang merupakan pencabulan hak asasi manusia dan amalan perdagangan menyimpang untuk meningkatkan kebajikan pekerja di seluruh dunia,” katanya.

Greer berkata, AS melarang pengimportan barangan dihasil menggunakan buruh paksa hampir satu abad lalu dan menyeru rakan dagang lain menerima pakai serta melaksanakan langkah sama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img