Anwar mohon rakyat NS terus beri mandat kepada PH

PAKATAN Harapan (PH) akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 1 Ogos ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH,  memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada PH.

“Kepada Allah SWT kita berserah,” kata beliau menerusi hantaran yang turut disertakan dengan petikan Surah Al Ma’idah, mengenai keperluan untuk saling bantu membantu dalam melakukan kebaikan serta mengelakkan permusuhan.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP manakala Amanah, sembilan.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala 1 Ogos sebagai hari mengundi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img