Kor Ming tidak dihalang berkempen – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) menegaskan kehadiran Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak menimbulkan sebarang isu, malah beliau tidak pernah dihalang daripada berkempen.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, situasi itu berbeza dengan dakwaan yang melibatkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).

“Tak, beliau tidak dihalau seperti Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN),” katanya ringkas ketika mengulas pertanyaan media mengenai kehadiran Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam siri kempen PRN Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa pempengaruh media sosial, Caprice mempunyai sebarang hubungan atau memainkan peranan dalam kempen PH di negeri ini.

Menurutnya, individu berkenaan bukan sebahagian daripada jentera atau pempengaruh rasmi gabungan itu.

“Caprice masih datang kempen di Negeri Sembilan ini? Dia memang influencer rasmi? Tak. Maksudnya, dia tak ada kaitan,” katanya.

Sementara itu, mengulas pertanyaan mengenai kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang dilihat sering mengeluarkan pandangan tidak menyebelahi PH, Fahmi berkata, perkara itu merupakan hak individu berkenaan.

“Itu hak dia. It’s okay,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Kian Ming membuat kenyataan belai percaya DAP akan berdepan tekanan yang semakin kuat untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya BN membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas pilihan raya negeri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img