Rakyat Malaysia maut di Korea Selatan: Polis tahan lelaki senegara bantu siasatan

POLIS Korea Selatan menahan seorang lelaki rakyat Malaysia selepas disyaki membunuh seorang lagi warga Malaysia dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan warga asing di sebuah jalan di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, awal pagi Ahad.

Memetik laporan media Korea, JoongAng Daily, kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi individu cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis Eumseong di Wilayah Chungcheong Utara berkata, suspek yang berusia lingkungan 40-an ditahan pada Ahad atas tuduhan membunuh serta beberapa kesalahan lain.

Suspek didakwa menikam mati seorang lagi rakyat Malaysia menggunakan pisau di sebuah jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong, kira-kira jam 3 pagi Ahad.

Ketika kejadian, kumpulan suspek dan kumpulan mangsa dipercayai terlibat dalam pergaduhan besar di jalanan yang membabitkan kira-kira 10 individu. Dalam pergaduhan itu, suspek didakwa mengeluarkan sebilah pisau sebelum menyerang mangsa.

Selain mangsa yang maut, seorang lagi individu turut cedera dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Suspek kemudian melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas kejadian, namun berjaya diberkas polis kira-kira sejam kemudian.

Polis kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian dengan mengambil keterangan daripada suspek serta individu lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img