Rakyat Malaysia maut dalam pergaduhan berkumpulan di Korea

SEORANG rakyat Malaysia maut dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, awal pagi Ahad, lapor Korea JoongAng Daily.

Susulan itu, Balai Polis Eumseong menahan seorang lelaki berusia 40-an yang juga rakyat Malaysia.

Lelaki berkenaan disyaki terbabit dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain.

Suspek didakwa menikam mangsa berusia lingkungan 20-an menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong, kira-kira jam 3 pagi Ahad.

Ketika kejadian, kumpulan suspek dan kumpulan mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan besar di jalan berkenaan.

Kira-kira 10 individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu. Ketika pergaduhan, suspek didakwa mengeluarkan pisau sebelum menyerang mangsa.

Selain mangsa yang maut, seorang lagi individu cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Suspek kemudian melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas kejadian, namun berjaya diberkas polis kira-kira sejam kemudian.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dengan mengambil keterangan daripada suspek serta individu lain yang terbabit dalam pergaduhan itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img