Ismail Sabri bakal didakwa kes pengisytiharan harta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Perdana Menteri kesembilan itu sebelum ini telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan `rumah selamat’ hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img