Pas jemput pimpinan tertinggi UMNO hadiri Muktamar Tahunan ke-72

PAS mengesahkan akan menjemput kepimpinan tertinggi UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-72 yang akan berlangsung di Kelantan, bulan depan.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat jemputan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Menerusi mesyuarat yang diadakan, kita bersetuju untuk menjemput pimpinan UMNO sebagai rakan kerjasama politik.

“Kita akan menghantar surat jemputan kepada Setiausaha Agung UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menghantar siapa.

“Di bahagian dewan termasuk Pemuda juga akan turut menjemput pimpinan sayap UMNO,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan Pas Kali ke-72 di Kota Bharu malam ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung pada bulan depan itu turut menyambut ulang tahun Pas ke-75 tahun.

“Sehingga kini kita masih menerima usul daripada Pas kawasan kerana ada kawasan baru bermesyuarat,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img