PM luang masa bertemu 3 tokoh ulama Islam

DATUK Seri Anwar mengadakan pertemuan dengan tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.

Menerusi hantaran dalam Facebook beliau, Perdana Menteri memaklumkan pertemuan itu diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Mereka ialah Tokoh Ulama Hadis Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr Mustafa al-Nadwi Al-Hasani; Syeikh Qurra’ Dunia, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqri’ Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawy dan Grand Custodian (Penjaga) bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Fadhil Al-Syeikh Maulana Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

“Kesempatan ini saya gunakan untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di tanah air,” katanya dalam hantaran itu.

Anwar berharap kunjungan ulama berkenaan menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama, selain memperkukuh usaha membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here