PM tulis surat kepada Prabowo, isu pelaburan Felda di Indonesia

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sudah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi meminta perhatian terhadap permasalahan membabitkan pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negara itu.

Menurut Perdana Menteri, isu yang dihadapi Felda bukan berpunca daripada pengurus atau peneroka, sebaliknya berkaitan aspek pengurusan serta keputusan yang dibuat pada peringkat atasan.

“Isu masalah hotel itu baik London atau Kuching, itu kecil. Isu yang paling besar termasuk pelaburan di Indonesia, Eagle High, yang sekarang tersangkut di Mahkamah Tertinggi Indonesia.

“Saya pun dah menulis surat kepada Presiden Prabowo Subianto meminta beliau melihat juga permasalahan ini,” katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra bersama Pengurusan Tertinggi Felda di Bangi hari ini.

Perdana Menteri berkata, jika tidak ditangani, pelaburan RM2.5 bilion yang mungkin diperoleh, hanya menjadi sekitar RM200 juta.

“Ini satu contoh. Saya mahu pengurus tahu masalah ini dan betapa beratnya kita bila salah mengurus,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Felda masih belum menikmati manfaat secara langsung daripada penjualan saham PT Eagle High Plantation Tbk berikutan mempunyai tanggungan pinjaman dengan sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here