Taktik pasang tangki tambahan dalam kereta dikesan, wanita ditahan cuba seludup petrol

SEORANG wanita tempatan ditahan selepas pihak berkuasa mengesan taktiknya cuba menyeludup bahan api bersubsidi menggunakan tangki tambahan dalam kenderaan dipandunya di sebuah stesen minyak di Padang Besar malam tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Rohaida Hassan berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam  oleh sepasukan lapan anggota penguat kuasa yang ketika itu sedang menjalankan operasi.

Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan risikan dijalankan pasukan Penguat Kuasa KPDN Perlis selama seminggu.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Toyota Camry digunakan suspek menemukan tangki tambahan disyaki diisi minyak petrol.

“Susulan itu, kita menyita 130 liter petrol dianggarkan bernilai RM258.70 bersama kenderaan itu yang dianggarkan bernilai RM20,000. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20,258.70,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaida berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here