SATU gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Batu Pahat pada jam 4.12 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa itu dikesan pada 1.7°Utara dan 102.8°Timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Pusat gempa berjarak 104 km barat laut dari Tanjung Balai-Meral, Indonesia dan 18 km barat daya dari Batu Pahat, Johor.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut hantaran itu lagi.





