Seleweng dana NGO RM13 juta: Pendakwah bebas, isteri didakwa esok

SEORANG pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal bersama isterinya dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban esok berhubung kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Pendakwah berusia lingkungan 30-an itu adalah pengerusi NGO berkenaan, manakala isterinya berkhidmat sebagai setiausaha pertubuhan itu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi mengesahkan kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada jam 9 pagi, esok.

“Dia dan isterinya akan dituduh esok berhubung satu kes yang dibuka SPRM beberapa bulan lalu,” katanya, lapor BH.

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial terutama TikTok, ditahan SPRM Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.

Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here