Peralihan MyKad generasi baharu: Gangguan cetakan MyKad mulai esok hingga 31 Ogos

URUSAN cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai esok (26 Ogos) hingga Isnin (31 Ogos) berikutan proses peralihan kepada MyKad generasi baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu, pihaknya sedang melaksanakan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu.

Berikutan itu, menurut JPN, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau penggantian MyKad sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan itu serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here