Operator kilang didakwa rogol, seks luar tabii pelajar politeknik

SEORANG operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar politeknik berusia 20 tahun.

Muhammad Hazarul Zaim Rusli, 22, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di sebuah bilik di Golden Oriental Hotel, Jalan Kampung Benggali, kira-kira jam 3.30 pagi pada 17 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Muhammad Hazarul Zaim turut didakwa melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa tanpa persetujuan di tempat, tarikh dan masa sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izad Firdaus, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 selain menetapkan syarat supaya dia melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Tertuduh turut dilarang menghubungi atau mengganggu mangsa, lapor BH.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 29 September depan bagi penyerahan dokumen.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here