Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

TUJUH kenderaan musnah sepenuhnya selepas garaj sebuah bengkel berhampiran Surau Batu 11, Jalan Bernam, Tanjong Karang, terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan yang musnah membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena, sebuah kereta Mazda dan lima motosikal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat sebelum menggerakkan sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dengan bantuan BBP Kuala Selangor.

Menurutnya, kebakaran pada awalnya dilaporkan membabitkan sebuah garaj, sebuah kereta dan empat motosikal.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dijalankan, jumlah sebenar kenderaan yang terbakar membabitkan sebuah MPV, sebuah kereta dan lima motosikal terpakai.

“Antara motosikal yang musnah ialah dua Yamaha SS Two, dua skuter dan sebuah motosikal Fi 115,” katanya.

Ashrul Riezal berkata, garaj berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 8.30 malam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here