Bengkel baiki jentera berat terbakar

SEBUAH bengkel lori yang menjalankan kerja-kerja kimpalan jentera berat terbakar di Parit 13, Sungai Panjang, Sungai Besar petang semalam.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.23 petang.

GAMBAR: Facebook pembaca

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, anggota mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel dan sebuah lori.

GAMBAR: Facebook pembaca

“Selepas api dipadamkan, didapati bengkel itu musnah kira-kira 80 peratus, manakala sebuah lori terbakar 30 peratus,” katanya ketika dihubungi media.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu, katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img