Pelumba Farres Putra meninggal dunia ketika berlumba di Litar Gong Badak

SEORANG pelumba CP150, Farres Putra Mohd Fadhil, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 di Litar Pemotoran Gong Badak, petang hari ini.

Memetik laporan Stadium Astro, pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Kemalangan itu berlaku semasa perlumbaan akhir Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 petang ini di Selekoh 3 pada pusingan pembukaan perlumbaan.

Sementara itu, Persatuan Sukan Motor Malaysia (MAM) dalam satu hantaran di media sosial turut mengucapkan takziah kepada keluarga Farres Putra.

Allahyarham merupakan pemenang dalam pusingan ketiga di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan Jun lalu selain pernah merangkul juara keseluruhan Wira KBS pada 2024.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here