YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku,Kuala Lumpur hari ini .
Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan pelbagai perkembangan terkini dalam negara termasuk persiapan berkenaan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung esok.
“Saya berharap sambutan kemerdekaan berlangsung dengan lancar dan tidak sabar untuk menyaksikan semua pihak yang terlibat memberikan usaha sebaiknya dalam memperingati peristiwa yang cukup penting dalam sejarah negara kita,” titah Seri Paduka Baginda.





