Dakwa motosikal dihimpit, juruteknik baling batu sehingga cermin kereta pecah ditahan polis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas dipercayai membaling batu ke arah sebuah kereta di Lebuhraya Sungai Besi Kuala Lumpur-Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia pertengahan 30-an yang bekerja sebagai juruteknik itu ditahan di tepi Jalan Suasa 3, Sungai Besi, kira-kira jam 1.15 pagi hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai membaling batu sehingga menyebabkan cermin belakang kereta terbabit pecah.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang semalam.

“Motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya, di mana suspek tidak berpuas hati dan mendakwa kenderaannya dihimpit oleh pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, permohonan reman terhadap suspek dibenarkan Mahkamah Majistret selama tiga hari bermula hari ini sehingga 1 September bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here