Dana berbilion ringgit dirampas dikembalikan kepada rakyat – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana berbilion ringgit hasil kegiatan haram yang dirampas melalui proses undang-undang akan dikembalikan kepada rakyat, terutama menerusi sektor pendidikan dan kesihatan.

Ketanya,  langkah itu melibatkan  hasil rampasan yang diperoleh menerusi proses undang-undang serta keputusan mahkamah.

“Hari ini saya isytiharkan semua dana yang dirampas daripada hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman, yang jumlahnya berbilion ringgit, akan dipulangkan terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, langkah itu selaras dengan prinsip kerajaan bahawa hasil pertumbuhan ekonomi dan kekayaan negara perlu dikembalikan kepada rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan tidak akan membenarkan kekayaan negara disalahgunakan atau dinikmati pihak tertentu melalui kegiatan menyalahi undang-undang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here