9 pelajar cedera ringan bas persiaran terlibat kemalangan di Kota Kinabalu

SEMBILAN pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elge Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada 11.40 pagi.

Beliau berkata bas persiaran berkenaan disewa untuk membawa 35 pelajar dan seorang guru dari sekolah berkenaan.

“Mangsa dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) Tuaran dan Kota Belud serta ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Elge berkata operasi melibatkan dua anggota BBP Kota Belud dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi ditamatkan pada 12.32 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here