RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman lima hari bantu siasatan

SEORANG bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dapatan hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Perintah reman terhadap individu berusia lingkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM.

Terdahulu, bekas menteri itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi menaiki kenderaan SPRM sebelum meninggalkan mahkamah pada jam 12.30 tengah hari ini.

Peguam yang mewakilinya, Datuk Hamidi Mohd Noh ketika ditemui media memaklumkan, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak SPRM.

“Bermula hari ditahan, anak guam saya bagi kerjasama dan dia sentiasa bagi kerjasama. Daripada tahun 2018 sampai sekarang, dia memang sentiasa bagi kerjasama. Tak pernah tak bagi kerjasama,” katanya.

Bekas menteri itu ditahan kira kira jam 4.30 petang semalam di ibu pejabat SRPM di Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman semalam mengesahkan penahanan itu dan memakluman kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here