PM ucap tahniah atas penganjuran Hari Kebangsaan 2026

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan yang menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya pada 31 Ogos lalu yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, acara itu berjaya dilaksanakan dengan pelbagai program yang memberi pengalaman baharu sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lalu

“Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya dengan kehadiran lebih 100,000 orang sama ada kontinjen atau ‘human graphic’. Program telah dijalankan dengan jayanya,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Semalam, Fahmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dilaporkan berkata, penghargaan itu ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sejak peringkat awal persiapan hingga selesai sambutan termasuk petugas, peserta, anggota keselamatan, petugas kesihatan, pengamal media, sukarelawan dan agensi berkaitan.

Fahmi turut menyifatkan semua petugas yang bekerja di sebalik tabir sebagai wira yang memastikan kelancaran sambutan berkenaan.

“Semoga Malaysia yang kita cintai ini terus diberkati dengan kemakmuran, keharmonian dan kestabilan, serta kekal bersatu dalam kepelbagaian. Selamat Hari Kebangsaan,” katanya.

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here