Banjir Nepal: 77 rakyat Malaysia dikumpul di Kathmandu untuk dibawa pulang

SEBANYAK 77 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Tibet dan Nepal sudah dibawa ke Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi untuk kembali ke Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkembangan itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung keadaan rakyat Malaysia susulan bencana di Nepal.

“Menteri Luar memaklumkan bahawa terdapat 55 warganegara Malaysia yang masih belum dapat dikesan, manakala 77 rakyat Malaysia sudah dikesan di Tibet dan Nepal.

“Mereka sudah dibawa ke Kathmandu untuk proses repatriasi bagi kembali ke Malaysia,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di Nepal.

Maklumat itu diterima daripada agensi pelancongan dan sedang dikumpulkan serta disemak Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan sumbangan sebanyak AS$1 juta bagi membantu kerja kemanusiaan di Nepal.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here