Calon PM: `Tunggu kekuatan kerusi’ – Abdul Hadi

PAS mengakui sudah mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.

“Belum tiba masanya. Kita belum tahu lagi kerusi siapa banyak, siapa sedikit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Marang itu ditanya sama ada Pas akan mengemukakan calon Perdana Menteri daripada parti itu susulan agenda untuk memimpin agenda Penyatuan Ummah yang ditekankan dalam ucapan dasarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Pas perlu berperanan sebagai peneraju utama dalam usaha penyatuan ummah dan menyasarkan kerusi Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad, parti itu juga tidak seharusnya lagi memberi laluan kepada parti lain untuk menerajui jawatan Perdana Menteri kerana mempunyai calon berkelayakan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Pas tampil sebagai kuasa utama dalam usaha membentuk kepimpinan di peringkat Persekutuan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here