Kerjasama NAFAS dengan syarikat China perkukuh industri baja bernilai RM1.5 bilion

KERJASAMA strategik antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Guizhou Phosphate Chemical (GPC) Group dan Jiangsu Chemical Design Institute Co. Ltd. (CDIJS) bernilai RM1.5 bilion bakal memperkukuh pembangunan industri baja bersepadu di Malaysia.

Kerjasama menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) itu menjadi antara kerjasama utama yang diketengahkan pada MAHA 2026, dengan fokus kepada pemprosesan bahan mentah, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti tempatan.

Selain itu, kerjasama berkenaan turut merangkumi penerokaan peluang industri hiliran yang dijangka dapat mengukuhkan ekosistem industri baja negara.

Inisiatif tersebut dilihat mampu menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara menerusi pembangunan industri input pertanian yang lebih bersepadu.

Pertukaran MoU itu merupakan antara 17 kerjasama yang direkodkan sepanjang lapan hari MAHA 2026.

Pertukaran MoU itu merupakan antara 17 kerjasama yang direkodkan sepanjang lapan hari MAHA 2026, dengan keseluruhan nilai mencecah RM3.27 bilion.

Pencapaian berkenaan turut memperlihatkan peranan MAHA yang semakin berkembang daripada sekadar platform pameran dan promosi produk agri-makanan kepada medan strategik yang mempertemukan pemain industri tempatan dengan rakan dagang serta pelabur antarabangsa.

Pada masa sama, kerjasama strategik antara pemain industri Malaysia dan China itu membuka ruang kepada pemindahan kepakaran serta teknologi bagi menyokong pembangunan sektor pertanian negara.

Perkembangan itu mengukuhkan kedudukan MAHA 2026 sebagai platform penting dalam menarik pelaburan, memperluas peluang perdagangan serta membentuk kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan agri-makanan di peringkat global.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here