RCI Tabung Haji: reman bekas menteri disambung dua hari

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat perintah untuk menyambung reman selama dua hari terhadap seorang bekas menteri bersabit isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Perintah reman bermula 7 hingga 8 September terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sebelum ini, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan reman selama lima hari dan sepatutnya berakhir hari ini.

Bekas menteri itu ditahan kira kira jam 4.30 petang pada 1 September lalu di ibu pejabat SRPM di Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here