Enam pendaki Gunung Trans Gerah disahkan selamat

ENAM pendaki Gunung Trans Gerah (GBB) yang sebelum ini dikhuatiri hilang disahkan selamat selepas pasukan penyelamat berjaya berhubung dengan malim gunung yang bersama kumpulan itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pasukan penyelamat akan digerakkan ke lokasi bagi bertemu dan membawa keluar kesemua pendaki terbabit.

Menurutnya, kumpulan berkenaan kini berada di laluan pendakian, dengan perjalanan ke lokasi mengambil masa kira-kira empat hingga lima jam.

Beliau berkata, sama ada mereka dibawa turun malam ini atau esok pagi bergantung kepada faktor keselamatan di lokasi serta keadaan fizikal kesemua pendaki.

“Kalau keadaan keselamatan mengizinkan, kita bawa turun. Kalau tak boleh, esok pagi kita akan bawa turun,” katanya lapor RTM.

Semalam, media melaporkan enam individu terlibat memasuki kawasan Gunung Trans Gerah di Hutan Simpan Kekal Lojing, Kelantan, sebelum perjalanan pendakian mereka berakhir di kawasan Gerik, Perak.

Kumpulan itu terdiri daripada empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak serta dua malim gunung.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here