SPRM tahan pengerusi jawatankuasa perumahan kes minta, terima rasuah RM1.6 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di negeri ini kerana disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dengan memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan kesemua perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2025.

Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang kira-kira RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta sebelum menyeleweng wang tersebut untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A), Sesyen 18 dan Sesyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here