Kontraktor didenda RM20,000 kemuka dokumen palsu projek Felda

SEORANG kontraktor didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek menurap jalan dan menaik taraf sistem perparitan di sebuah Felda bernilai RM5 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Wan Shahrinizam Wan Ibrahim, 50, dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan dokumen yang diketahuinya palsu sebagai tulen, iaitu penyata akaun bank bagi tempoh November 2022 hingga Januari 2023 milik sebuah syarikat, dengan mengarahkan seorang pegawai mengemukakan dokumen berkenaan ke dalam Sistem e-Perolehan Felda.

Perbuatan itu dilakukan bagi permohonan mendapatkan projek menurap semula permukaan jalan kampung dan menaik taraf sistem perparitan di Felda Ciku 3, Gua Musang, Kelantan, bernilai RM5 juta.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh secara tidak jujur mengemukakan dokumen yang diketahuinya palsu sebagai tulen, iaitu surat setuju terima tender, dengan mengarahkan pegawai sama mengemukakan dokumen berkenaan ke dalam Sistem e-Perolehan Felda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Watan, Taman Desa 3, Parit Setongkat, Muar, pada Februari 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irna Julieza Maaras.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here