Enam sekeluarga cemas, rumah runtuh dihanyutkan arus sungai

ENAM sekeluarga berdepan detik cemas apabila sebahagian rumah mereka tiba-tiba runtuh sebelum dihanyutkan arus sungai di Kampung Muhibbah, Miri, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu berlaku ketika mereka sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat disusuli gegaran.

Pemilik rumah, Dahlan Edin, 61, berkata sebaik memeriksa keadaan, dia mendapati sebahagian rumah yang menghadap sungai sudah runtuh.

Menurutnya, barangan di dalam rumah juga tidak sempat diselamatkan apabila turut dihanyutkan arus sungai.

Dahlan berkata, rumah berkenaan dibina pada 2012 dan dipercayai mengalami kerosakan pada struktur tiang yang sudah reput akibat dimakan anai-anai.

“Kami kini menumpang di bahagian sebuah lagi rumah bersebelahan yang masih belum siap sepenuhnya,” katanya, lapor BH.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.44 pagi tadi sebelum sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi.

“Rumah berkenaan dianggarkan 50 peratus tidak selamat didiami kerana keadaannya terlalu usang dan memerlukan kerja pembaikan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here