Peguam perlu sahkan dakwaan MB N.Sembilan, kata  Zahid

KENYATAAN Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim yang mendakwa telah menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati dan secara paksaan perlu disahkan oleh peguam yang hadir ketika proses penandatanganan itu berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah yang sebaiknya dilakukan untuk mengesahkan dakwaan Ismail.

Presiden UMNO itu berkata parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menghormati sepenuhnya institusi diraja, undang dan adat di Negeri Sembilan.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu disahkan oleh peguam sendiri jika peguam itu hadir ketika penandatanganan proklamasi itu dikeluarkan, dan kita dengar mungkin sidang media akan diadakan dalam waktu yang paling terdekat,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ismail yang mendakwa dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis semalam.

Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan kononnya beliau hadir ketika proses penandatanganan dokumen itu.

“Tak ada, memang saya tak ada… dia (Ismail) dah nafikan dah yang saya memang tak ada dalam tu,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga menolak dakwaan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Ismail.

‘’ Surat apa? Letak jawatan? Tak ada,” katanya.

Terdahulu, Ismail menjelaskan bahawa Surat Cara Proklamasi yang tular menerusi kenyataan media malam tadi telah ditandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan.

Ismail berkata beliau telah membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here