Ibu dan dua anak disahkan maut dalam kebakaran rumah di Kluang

SEORANG  ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa Kluang malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam, sebelum 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang tiba di lokasi, kira-kira lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50 peratus struktur rumah terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dengan dua pancutan bagi memadam kebakaran yang berjaya dikawal pada 12.32 tengah malam.

Turut digunakan dalam operasi ialah dua jentera SITRAK dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here