SPRM kesan dua lelaki bantu perbicaraan kes

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warganegara Malaysia bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

Amir Shauki Bin Ismail, 34, dan Mohd Hizuwan Bin Azman, 36, yang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan kedua-dua individu berkenaan telah dijalankan di alamat terakhir mereka.

Bagi Amir Shauki Bin Ismail, alamat terakhir yang dikenal pasti ialah B2-70, Skyblox, Jalan Santuari, Utama, Kampung Baru Air Panas, 53300 Setapak Kuala Lumpur manakala alamat terakhir Mohd Hizuwan Bin Azman ialah B1-62, Skyblox, Jalan Santuari Utama, Kampung Baru Air Panas, 53300 Setapak Kuala Lumpur.

Kedua-dua Individu ini telah gagal hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2026 bagi perbicaraan kes dan waran tangkap terhadap kedua-duanya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari yang sama, 26 Ogos 2026.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Mohamad Solehuddin Bin Suhaimi di talian 013-3955719 atau talian 03-92065000 (Pejabat SPRM Kuala Lumpur) atau emel kepada solehuddin@sprm.gov.my



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here