Porsche hangus terbakar di susur keluar Plaza Tol Lanchang

SEBUAH kereta mewah jenis Porsche hangus terbakar di susur keluar ke Plaza Tol Lanchang, Temerloh, tengah hari tadi, namun pemandunya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.04 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.42 tengah hari kerana jarak lokasi sejauh 35 kilometer.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah kereta yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here